Monday, March 8, 2010

NIKMATILAH DUKU DI KAMPUNG KU.....


Pokok duku tertua di Kampung Cerana, Kuala Terengganu ini masih mampu berbuah lebat.

Buah duku atau nama saintifiknya, Lansium Domesticum merupakan sejenis buah daripada spesies yang sama dengan langsat, dokong dan duku langsat.

Namun yang membezakannya ialah ada sejarah di sebalik kewujudan buah duku ini di negeri Terengganu.

Percayakah anda, sebatang pokok buah duku yang berusia 300 tahun masih lagi berbuah dan isinya masih manis dan lazat?

Ini bukan cerita karut atau dongeng semata-mata kerana jika anda berkunjung ke negeri Terengganu jangan lupa untuk ke kampung kami iaitu Kampung Bukit Cerana dalam Mukim Alor Limbat, Marang. Kampung ini terletak lebih kurang 17 km dari Bandar Marang dan 15 km juga dari Bandaraya Kuala Terengganu kerana terdapat sebatang pokok buah duku yang telah wujud sejak 300 tahun dahulu.

Apa yang menghairankan, pokok duku tersebut masih mengeluarkan buah yang lebat, namun bezanya ia tinggi dan saiznya besar seperti pokok kayu balak yang mana berbeza dengan pokok duku yang biasa bersaiz kecil dan rendang.

Menurut legenda cerita rakyat, pokok duku merupakan sejenis pokok liar telah ditemui oleh seorang penduduk di kampung tersebut.

Kemudian, penduduk berkenaan mempersembahkan buah itu kepada sultan kerana mendapati rasanya sangat manis dan lazat.

[ Mengikut sejarah, pokok Duku Terengganu merupakan sejenis pokok liar hutan yang mana telah ditemui oleh seorang hamba rakyat di Kampung Bukit Cherana, Marang sejak 300 tahun yang lepas. Menurut ceritanya buah pokok ini telah dipersembahkan kepada Sultan kerana di dapati ianya begitu manis dan lazat. Lantas selepas itu Tuanku telah menanyakan nama buah yang dipersembahkan.

Beliau kemudiannya, mengucapkan secara tergagap-gagap, ungkapan du…du…. du…..dan diikuti dengan ku, yang mana “KU” dalam konteks ini dirujuk kepada Tuanku. Maka bermula dari situlah Tuanku menamakannya sebagai buah duku……….]

Selain itu, ada cerita yang menyatakan pokok duku berusia 300 tahun itu merupakan baka generasi kedua daripada pokok induk yang telah musnah akibat kebakaran hutan yang berlaku ketika perang Jepun dahulu.

Jadi, pokok itu dipercayai merupakan pokok duku yang tertua di negeri ini.

Begitulah asal-usul buah duku yang terdapat di Terengganu, maka tidak hairanlah mengapa buah duku amat terkenal di sini.

Salah sebuah kawasan yang amat terkenal dengan pengeluaran buah duku ialah di sekitar Kampung Beladau, Kepong dan Kampung Serada yang mana kampung itu berdekatan dengan pokok duku tertua itu.

Bagaikan berada di kebun buah duku apabila melalui kawasan kampung ini apabila dapat melihat deretan pokok duku hampir di setiap rumah penduduk kampung.

Pemandangan ini tersebut amat menyeronokkan apabila dapat melihat gugusan buah duku bergantungan di dahan-dahan sepanjang menyusuri jalan tersebut. Pastinya di bandar-bandar kempunan melihat pemandangan begini.

Hampir semua ruang tanah kosong tidak kelihatan di kawasan ini kerana ia dipenuhi dengan lautan pokok duku yang sedang berbuah lebat dan masak ranum dan rasu buah duku sekitar kawasan itu berbeza daripada tempat lain, isinya yang jernih dan manis sering menjadi tumpuan pembekal duku untuk mendapatkan duku dari kawasan sini.

Setiap tahun, pada musim buah duku iaitu bulan Julai, Ogos, September dan Oktober, datanglah beramai-ramai ke Kampung Bukit Cerana ini untuk menikmati keenakan buah ini yang masih segar dan baru dikutip.

Jika ada yang teringin merasai nikmat tinggal di kampung, makan buah duku ‘tertua di dunia’ bolehlah datang bercuti di Homestay Kg Bukit Cerana............. :)

cameron highland


belajar tumbuk sambal

Tuesday, December 8, 2009

Sunday, November 1, 2009

Saturday, October 31, 2009